Want your
own Fotopage?








 
Xfakrx FotoPage

By: xfakrx xfakrx

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 13-Jun-2010 18:45 Email | Share | | Bookmark
GT Carnival, AutoCity Juru 2010

 
 



Some time before, I did need to buy a building for my business but I didn't have enough money and could not order anything. Thank heaven my mate adviced to take the <a href="http://bestfinance-blog.com">loans</a> at trustworthy creditors. Thence, I acted that and used to be happy with my bank loan. Fri 19-Aug-2011 02:19
Posted by:AcevedoMARGO  - [Link]
Add comment


Saturday, 5-Jun-2010 18:40 Email | Share | | Bookmark
CONTINENTAL Family Day, Bukit Merah Laketown 2010

Me
EcoPark



Add comment


Saturday, 10-Apr-2010 20:32 Email | Share | | Bookmark
Bolasepak Conti Team Cup 2010

Go for ball...
Conti Malaysia
Bolasepak Conti Team Cup 2010
Conti Penang, Conti PJ, Conti AS
Padang Kilat, TNB Prai
10 & 11 April 2010

















Add comment


Saturday, 20-Mar-2010 16:51 Email | Share | | Bookmark
Petronas Cub Prix 2010 at Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah

Cub Prix banner
2 Whell show
Pegrhhh..dah 17 tahun usia Perlumbaan Cub Prix!!
1st round kali ni start di Stadium Alor Setar broo...Alor Setar!!!!

Aku bawak My Wife & My Kids pi tengok. Takut jem punya pasal, jalan kaki
1 km dari rumah ke stadium - penat sehh!!

Aku tak shoot photo masa race pun, semua port corner dah ada phographer - penonton
plak penuh kat pagar. Takper la, tak rugi kot. Ambik shoot kat booth promotion pun
ok gak..
















You have some nice pictures. I enjoy seeing the Malaysian life with your swanky cars and very beautiful small motorcycles, if the small boy had a camera he could take pictures of you, and if so, just to help, put the camera on a tripod for him. Best wishes. saya bicycle.fotopages.com Sun 4-Jul-2010 01:34
Posted by:Brian Carter
Add comment


Sunday, 14-Mar-2010 16:20 Email | Share | | Bookmark
Football Friendly Match at MRSM Polis, Kulim

konsentrasi
gt redy

















Add comment


Sunday, 17-Jan-2010 15:34 Email | Share | | Bookmark
Menara Alor Setar

Menara Alor Setar
Taman Bunga Raya, Menara Alor Setar
Lepak - lepak di kawasan sekitar Menara Alor Setar. Tak bley naik ke menara, ada event nyanyi kat
bawah. Lain kali jer la....





















Add comment


Sunday, 14-Jun-2009 15:59 Email | Share | | Bookmark
Auto-City Karnival 2009

Mykidz pose 1
Mykidz pose 2
Cute little gurl dress
View all 5 photos...
Sekali lagi Auto-City Karnival diadakan sempena SuperGt yang akan berlangsung di Sepang.
Mykidz dah tertanya-tanya sejak seminggu lagi, bila nak ke Auto-City (selepas aku tunjuk poster
Auto-City Karnival kat dia minggu lepas..)

4:30 petang aku dah park kereta kat Taman Pelangi dan berjalan masuk ke dalam kawasan Auto-City.
Kawasan Auto-City tak boleh park. Pasal diaorang nak buat race pukul 5:00 petang.

Macam biasa, jalan-jalan ambik photo itulah...inilah...
Tapi kali ini, ramai betul DSLR photographer!! Memang sangat ramai. Teringin nak join diaorang shoot GT model, tapi aku kena jaga Mykidz daa...

So, tengok - tengoklah photo-photo shoot kat bawah...


























































cantiknya kete2 tu...model si kecil yg bam2 tu pun comel sungguh! Wed 17-Jun-2009 07:40
Posted by:chima  - [Link]
Add comment


Sunday, 7-Jun-2009 16:19 Email | Share | | Bookmark
AUTOSHOW Ekspo Usahawan Bumiputera 2009 - Seberang Jaya

 
 
Sehari selepas Pesta Bunga di Penang Botanical Garden, aku bawak Mykidz ke Ekspo Usahawan
Bumiputera Malaysia di Seberang Jaya. Semata-mata kerana AUTOSHOW!!!

Tengokla posing-posing Mykidz dalam fotopages ni. Tak dapat beli, dapat ambik gambar
pun jadi la...














Add comment


Saturday, 6-Jun-2009 16:03 Email | Share | | Bookmark
Pesta Bunga 2009 - Penang Botanical Garden

 
 
Pada 6 Jun, aku membawa Mykidz, My2ndkidz and Mywife ke Penang Botanical Garden.
Setelah berapa lama aku tak membawa family aku bersiar-siar, kecuali kadang-kadang hanya ke
AEON Jusco di BM (tempat baru lagi, bersih lagi..)

Di Penang Botanical Garden, kebetulannya ada Pesta Bunga 2009. Jalan jammed memang tak ingat,
dekat setengah jam baru dapat parking, itu pun dekat Surau Al-Islah, Jalan Kebun Bunga.

Terdapat juga kedai-kedai menjual cenderamata, air minuman/makanan dan pelbagai lagi sepanjang
jalan memasuki Penang Botanical Garden itu. Aku cuma beli air sebab terlampau dahaga.

Masuk ke dalam Penang Botanical Garden, kami tempat pameran. Lanskap memang cantik dengan
pelbagai bunga mewarnai taman, so colourful!!




























Add comment


Friday, 15-May-2009 15:50 Email | Share | | Bookmark
ALL (Acute Lymphoblastic Leukaemia)

My kidz
My kidz 2
Lama sangat tak 'update' satu-satunya blog fotopages aku. Aku amat sibuk memberikan
tumpuan dan perhatian kepada Mykidz yang disahkan menghidapi Leukaemia pada bulan October,
seminggu selepas HariRaya Aidilfitri 2008.

Sebenarnya aku agak berat untuk menceritakan kisah Mykidz dalam fotopages ni. Tetapi dorongan
dari rakan yang ingin mengetahui perkembangan Mykidz dan sebagai 'next future reference' untuk Mykidz, aku ceritakan sedikit
pengalaman mendebarkan dan yang telah memberikan impak besar dalam kehidupan aku dan isteri sepanjang rawatan Mykidz melawan Leukaemia.

Dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Seberang Jaya pada hari Ahad pagi, apabila tergerak hati melihat keadaan Mykidz kadang-kala
demam setiap minggu, hilang selera makan & berat badan, lebam-lebam di kaki, kadang2 sakit sendi dan wajahnya yang pucat.

Selepas pemeriksaan darah, Mykidz ditahan di Wad 2 kanak-kanak. Keesokannya, doktor mengesahkan Mykidz
mengalami symptom yang berkemungkinan Leukaemia. Ujian darah menunjukkan Sel Darah Putih melonjak ke 58.9 ,
Haemoglobin (Hb) serendah 5.8 dan Platelet (Pt) serendah 16!!!

'Normal Range' Sel Darah Putih adalah 4 - 11, Hb 13.5 - 18, Pt 150 - 400. Berapa banyak bezanya?!!
Isteri aku dah menangis tak berhenti-henti. AKu beristighar dah ke berapa ratus kali.
Selepas 'transfusion' Darah Merah & Pt, doktor menyarankan kes ini dirujuk ke Hospital
Pulau Pinang yang mempunyai kepakaran.

13/10 - Mykidz 'transfered' ke Hospital Pulau Pinang di wad C3.
Bone Marrow dilakukan, untuk mengesahkan jenis leukaemia. Selepas disahkan jenis ALL (Acute Lymphoblastic Leukaemia), Mykidz
terus dipindahkan ke wad C2 (wad penyakit kronik kanak-kanak) untuk rawatan seterusnya dilakukan mengikut protokol ALL.
'Transfusion' Pt dilakukan sekali lagi, kali ini my kidz mengalami 'allergic' satu badan.
Habis krim gatal aku sapukan ke badannya.

Perbincangan dengan Dr. Yeoh Seoh Leng (pakar penyakit kanak-kanak), My kidz akan diberikan
rawatan selama 6 bulan. 3 bulan 'induction theraphy' dan 3 bulan 'consolidation theraphy'.
Itu belum termasuk 'maintenance theraphy' selama 3 tahun.

'Induction & Consolidation theraphy' itu termasuklah pemeriksaan air tulang belakang, pemeriksaan tulang sum-sum dan juga ubat-ubatan
Chemotheraphy (cell toxic) secara suntikan atau oral.
Pembedahan untuk Installation Chemoport perlu dilakukan untuk memudahkan Chemotheraphy.
Bayangkanlah perasaan aku dan isteri pada masa tu....
Isteri aku terpaksa berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian dan penjagaan Mykidz.

Dan kini setelah 8 bulan rawatan, Mykidz menunjukkan perubahan positif yang amat ketara berbanding dahulu. Debaran masih lagi ada
mengingatkan masa depan Mykidz. Hanya dengan usaha dan tawakkal kepada Allah, aku mengharapkan Leukaemia ini akan terus
hilang dalam kehidupan kami.

Kepada ahli keluarga arwah Mohd Ariff, Farhana Salwa dan Mohd Shamir. Berbanyakkanlah bersabar. Allah
sudah tentunya amat menyayangi mereka. Ada hikmah di sebalik ketentuanNya itu.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA) yang memberi bantuan kos untuk pembedahan
dan perbelanjaan hospital selama setahun. Aku turut mendapat bantuan dari rakan sekerja dan rakan futsal.
Juga rakan-rakan isteri aku dari VENTURE Electronics. Alhamdullilah, dengan bantuan yang diterima, cukup untuk
perbelanjaan pergi balik ke hospital dan makan minum anak isteri aku di hospital selama rawatan dilakukan. Setinggi penghargaan juga
kepada rakan sekerja Mohd Uzier, Mohd Farid & Saiful Nizam (sekarang di First Solar, Kulim) yang sanggup bertukar shift selama ini, untuk
memudahkan aku berulang-alik ke hospital. Juga setinggi perhargaan kepada Shahrizan (sekarang di Kontron, Perai) yang sanggup meminjammkan
motornya untuk aku.

Terima kasih tak terhingga juga kepada sahabat handai dan rakan taulan yang datang menziarahi Mykidz di hospital mahupun
di rumah. Terutamanya Chaq sekeluarga, Pak Su Bakar sekeluarga, kaum keluarga isteri aku dari Kg Padang Toi, Sik. Mak Ayah aku yang
menjaga Mykidz (semasa isteri aku melahirkan My2ndkidz). Dan terima kasih juga buat Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Wira Ayob yang
melawat Wad C2 dan melayan kelatah Mykidz, serta badan-badan pertubuhan amal yang turut memberikan sokongan moral kepada Mykidz dan isteri aku.

Tidak dilupakan juga Doktor dan Nurse Hospital Seberang Jaya di Wad 2 dan makmal Haemotology.
Doktor pakar dan Nurse Hospital Pulau Pinang di Wad C2, C3, dan ACC. Terutamanya Dr. Yeoh Seoh Leng, Dr. Shoba Thomas dan Dr. Teoh yang cekap &
professional menjalankan tugas. You all, THE BEST!!

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas kebaikan dan doa kalian.








Alhamdulillah, aku doakan anak kau nie sihat dan pulih sepenuhnya. Thu 8-Oct-2009 14:19
Posted by:Halimy
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com